KUALA LUMPUR: Mondelez International, pengeluar coklat Cadbury Dairy Milk dan biskut OREO, telah mengambil pelbagai langkah bagi mengurangkan kesan inflasi yang disebabkan oleh kenaikan kos global dalam memastikan produknya kekal mampu milik dan pada masa yang sama berkualiti tinggi, kata Pengarah Urusan Malaysia dan Singapura Narmeen Khan.
Ini khususnya yang berkaitan dengan pengangkutan, pembungkusan, minyak makan, dan tenusu, serta masalah yang berlaku dalam rantaian bekalan, katanya kepada Bernama.
Narmeen, yang menyandang jawatan itu pada Februari 2022, berkata Mondelez tidak terkecuali daripada mengalami inflasi yang merentas pasaran, termasuk di Malaysia.
"Disebabkan kenaikan mendadak dalam kos keseluruhan rantaian nilai, terutamanya dalam komoditi, logistik dan pembungkusan, penetapan harga semula produk adalah salah satu yang dipertimbangkan, tetapi seperti yang didedahkan sebelum ini, kami mengambil langkah proaktif pada 2022 untuk membentuk semula portfolio kami, dengan fokus pada produk teras dan barangan terlaris.
"Pertimbangan lain termasuk meningkatkan edaran sedia ada dan mengembangkan saluran dengan pertumbuhan pesat bagi meminimumkan kesan kos dalam menjamin produk kami kekal mampu milik," katanya.
Mengenai pelaburan Mondelez di Malaysia, Narmeen berkata sebagai pembuat barangan pengguna yang bergerak pantas, ia akan terus melabur di kemudahan semasanya di Shah Alam, Selangor, dan Prai, Pulau Pinang, untuk meningkatkan kapasiti dalam memenuhi permintaan, pada masa yang sama berinovasi untuk mengurangkan tenaga, air dan pelepasan karbon bagi menghasilkan proses pengeluaran yang mampan.
Narmeen berkata kedua-dua kemudahan itu memainkan peranan penting dalam keseluruhan rantaian bekalan, melayani pasaran tempatan dan eksport di seluruh Asia Tenggara.
"Walaupun kami tidak merancang sebarang pengembangan dalam masa terdekat, kilang pembuatan kami adalah penting kepada keseluruhan rantaian bekalan, dan pandemik telah menyebabkan banyak gangguan.
"Namun, kami mempunyai pelan strategik yang jelas untuk membantu mengekalkan ketangkasan, pelaksanaan dan kesinambungan.
"Paling penting, ia mengukuhkan komitmen terhadap nilai teras kami, salah satunya adalah melakukan perkara yang betul untuk pekerja, pengguna, pelanggan dan komuniti kami," katanya.
Narmeen berkata pertumbuhan Mondelez telah konsisten dengan trend pasaran dan walaupun pada masa yang mencabar, syarikat itu mengekalkan kedudukan sebagai peneraju dalam kategori yang berbeza.
"Kami menduduki tempat pertama untuk segmen coklat, menguasai sekitar 30 peratus bahagian pasaran dengan Cadbury Dairy Milk sebagai penyumbang terbesar; kami juga mengungguli kategori biskut dengan jenama seperti OREO, Jacob's, Chipsmore dan Tiger.
Narmeen berkata kategori itu terus menjadi pemacu pertumbuhan utama, menyumbang lebih 80 peratus hasil di Malaysia.
Dari segi sejarah, kedua-dua segmen telah bertahan lama di kedua-dua pasaran maju dan baru muncul, dengan peluang yang besar untuk mengembangkan penggunaan perkapita.
Di peringkat global, Mondelez International dalam kenyataan pada 10 Mei, 2022 berkata syarikat tersenarai di Nasdaq itu sedang membentuk semula portfolionya dengan matlamat jangka panjang untuk mempercepatkan pertumbuhan bagi menjana 90 peratus pendapatannya daripada coklat, biskut dan snek.
Kategori teras akan diperkukuh di pasaran utama dengan memanfaatkan jenama ikonik untuk mewujudkan kedudukan pendahulu yang berbilang kategori dan dengan mengembangkan pengedarannya dalam saluran pertumbuhan tinggi, kata kenyataan itu.
Selain itu, selepas menyelesaikan semakan strategik sepanjang tahun lalu, ia menyasarkan untuk menjual perniagaan gula-gula getahnya (chewing gum) di pasaran maju tetapi mengekalkan perniagaan gula-gula getah di pasaran baru muncul. Ia juga akan melupuskan perniagaan ubat batuk globalnya, Halls.
Sementara itu, mengenai penggunaan minyak sawit, Narmeen berkata bahawa Mondelez hanya menyumbang kira-kira 0.5 peratus daripada penggunaan global, dan 98 peratus daripada penggunaan minyak sawitnya disumberkan daripada pembekal yang selaras dengan Pelan Tindakan Minyak Sawit Mondelez 2020; Mondelez sedang berusaha untuk mencapai 100 peratus menjelang 2025.
"Selain memastikan pembekal kami mematuhi prinsip kami, kami akan terus melibatkan industri dengan minat terhadap aspek alam sekitar dan sosial.
"Langkah menuju ke arah sumber yang mampan dan perdagangan adil dalam pengeluaran minyak sawit memerlukan kerjasama rapat dengan semua sektor dalam rantaian bekalan, daripada penanam kepada pembekal dan pembeli, serta kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan," tambahnya.
Mengenai lobi anti-minyak sawit global, beliau berkata syarikat itu sedang aktif bekerjasama dengan pembekal dalam memastikan komoditi itu dihasilkan dengan menjaga alam sekitar.
"Pelan Tindakan Minyak Sawit kami menggariskan satu set prinsip mengenai pembekal langsung untuk meningkatkan peralihan kepada amalan mampan di seluruh sektor dan kami mengambil serius perkara ini dan sebenarnya telah mengecualikan 12 syarikat daripada rantaian bekalan kami kerana melanggar syarat," katanya yang enggan untuk menjelaskan lebih lanjut.
Beliau menambah syarikat itu tidak dapat berkongsi butiran syarikat yang dikecualikan tetapi memberi jaminan bahawa ia membeli daripada pembekal yang prinsip pengeluarannya selaras dengan Mondelez.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 21 2022
Mondelez International, pengeluar coklat Cadbury Dairy Milk dan biskut OREO, telah mengambil pelbagai langkah bagi mengurangkan kesan inflasi yang disebabkan oleh kenaikan kos global dalam memastikan produknya kekal mampu milik. -Mondelez
Jepun-Greece rai diplomasi lampau 125 tahun
Jepun dan Greece meraikan hubungan diplomasi lampau yang bermula sejak 125 tahun lalu dengan lawatan rasmi sepanjang minggu ini di Greece.
Hubungan yang disifatkan istimewa antara dua negara ini menjadi lebih istimewa kerana Puteri Kako iaitu anak buat kepada maharaja Naruhito mencemar duli hadir ke negara berkenaan untuk menzahirkan ucapan dalam surat yang diutuskan oleh Maharaja Negara Matahari Terbit itu.
Hubungan yang disifatkan istimewa antara dua negara ini menjadi lebih istimewa kerana Puteri Kako iaitu anak buat kepada maharaja Naruhito mencemar duli hadir ke negara berkenaan untuk menzahirkan ucapan dalam surat yang diutuskan oleh Maharaja Negara Matahari Terbit itu.
Tanah runtuh di Papua New Guinea: India tawar bantuan US$1 juta
Bantuan bernilai US$1 juta disumbang India bagi membantu mangsa-mangsa bencana tanah runtuh tragis di Papua New Guinea. Tanah runtuh itu yang berlaku pada minggu lalu, setakat ini telah meragut ribuan nyawa dengan ada mangsa yang terperangkap dalam runtuhan.
Panas ekstrem di Rajasthan, 6 maut akibat strok haba
Sekurang-kurangnya enam terkorban akibat gelombang haba melampau dan berpanjangan di barat India, Rajastran pada Selasa.
Himpunan solidariti mahu lihat kesan jelas selepas iktiraf
Pada hari sebelumnya, ratusan yang bersolidariti dengan rakyat Palestin berhimpun di hadapan pejabat Suruhanjaya Eropah (EU) di Barcelona dan di beberapa pejabat kementerian luar di Madrid.
Sepanyol tegas inginkan baitulmaqdis, ibu negara Palestin
Diharapkan langkah untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara akan diikuti lebih ramai negara lain khususnya dari Eropah. Ia juga dilihat dapat menyegerakan keamanan selepas melihat kekejaman berterusan sekian lama. Ini pendirian yang dikongsi tiga negara -Sepanyol, Ireland dan Norway yang secara rasmi mengiktiraf Palestin sebagai negara berkuat kuasa Selasa, 28 Mei.
Mohamad Husaini, Nor Hidayah johan Tilawah Al-Quran
Muhammad Husaini dan Nor Hidayah masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 dan wang tunai RM10,000 bagi menunaikan ibadah haji, piala, cenderamata serta sijil.
Pilih hidangan makanan, elak keracunan
Jemaah haji Malaysia disaran memilih makanan dan tempat makanan yang bersesuaian untuk mengelakkan masalah boleh mengganggu tumpuan beribadah termasuk kemungkinan keracunan dan cirit birit.
Hubungan Malaysia-China berada di tahap tertinggi
Hubungan diplomatik Malaysia-China yang sudah menjangkau hampir lima dekad kini berada di tahap tertinggi.
Program Geran Kreatif KL bertujuan memberi hela nafas baharu
Kerajaan akan memainkan peranan proaktif dalam melaksanakan projek-projek flagship dengan meningkatkan dan menyelaras usaha untuk memastikan ianya mencapai potensi penuh dalam memberikan hela nafas baharu kepada Pusat Bandar Kuala Lumpur menjadi destinasi kreatif bertaraf dunia.
Hamas desak Majlis Keselamatan PBB ambil 'langkah segera' hentikan serangan Israel ke atas Rafah
Hamas pada Selasa menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengambil tindakan segera untuk menghentikan serangan berterusan Israel di Rafah.
Tiada lagi imej puncak gunung Matterhorn pada coklat Toblerone
Imej Matterhorn mula diperkenalkan pada tahun 1970.
Mondelez komited pastikan produk coklat, biskut keluarannya kekal mampu milik
Mondelez tidak terkecuali daripada mengalami inflasi yang merentas pasaran, termasuk di Malaysia.
Pengguna perlu yakin terhadap status halal Cadbury - Mondelez
Ketika hasil jualan Cadbury jatuh merudum, jenama coklat terkemuka itu terus positif dapat meraih semula keyakinan pembeli setianya.